PENDAHULUAN

Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek kata hubung ‘dan’, dalam berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ (Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday) dan Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin (Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine). Kajian akan dilakukan dari aspek sinonim. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan makna yang hampir sama. (Wikipedia,17 Januari 2009). Penyataan ini juga disokong oleh O’Grady (2000:225) :
“ perkataan berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang
sama atau hampir sama”

KAEDAH

kaedah yang diguanakan dalam kajian ini ialah kajian korpus yang menggunakan textstat untuk melihat kekerapan kehadiran sesuatu kata. Data diambil dari BERNAMA online yang bertarikh 16 Januari 2009. Data yang digunakan diambil secara dwibahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kemudia kedua-dua data ini dibandingkan secara korpus untuk melihat persamaan dan perbezaan penggunaan sesuatu kata dalam kedua-dua data.

DAPATAN DAN ANALISIS

Pemilihan kata hubung ‘dan’ dalam kajian ini adalah kerana kekerapan kemunculanya paling tinggi dalam berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ iaitu sebanyak 13 peratus. Namun kemunculan kata hubung ‘and’ dalam data Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday adalah sebanyak 11 peratus. Manakala dalam berita Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin kata hubung ’dan’ muncul sebanyak 9 peratus. Namun dalam data Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine kata hubung ‘and’ muncul sebanyak 8 peratus.
Kata hubung ‘dan’ mempunyai hubungan sinonim dari segi interbahasa iaitu ia bersepadan atau mempunyai makna yang sama dengan kata ‘and’ dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan bedasarkan contoh ayat berikut yang didapati daripada data bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam data berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ (Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday) :

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari bermula Ahad dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar dan diakhiri dengan lawatan duahari ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 22 Jan.


Abdullah will first fly into Bahrain on Sunday for a two-day visit followed by two-day visits to Qatar and United Arab Emirates (UAE).

Berikut adalah contoh kesinoniman kata hubung ‘dan’ dan ‘and’ dalam data Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin (Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine) :

Datuk_Seri_Abdullah_Ahmad_Badawi hari ini melahirkan rasa sukacita terhadap kesudian rakyat berbilang agama dan kaum dalam negara menghulur sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat_Palestin

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine


Walaupun kata hubung ‘dan’ wujud dalam data bahasa Melayu, walaubagaimanapun ia boleh digugurkan mengikut kesesuaian konteks ayat dalam bahasa Inggeris. Contohnya dalam ayat :

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari bermula Ahad dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar
Namun apabila ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris kata hubung ‘dan’ telah digugurkan mengikut aturan kata dalam sesuatu bahasa itu sendiri namun makna ayat yang ingin disampaikan tetap sama. Contoh :

Abdullah will first fly into Bahrain on Sunday for a two-day visit followed by two-day visits to Qatar

Dari segi intrabahasa iaitu kesamaan makna sesuatu kata itu dalam bahasa itu sendiri dapat dilihat pada kata hubung ‘dan’ yang dikaji dalam data bahasa Melayu. Dalam data bahasa Melayu kata hubung ‘dan’ boleh juga digantikan atau mempunyai fungsi yang hampir sama dengan kata hubung ‘dengan’. Hal ini dapat dibuktikan bedasarkan data Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ :

Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan

Berdasarkan ayat diatas kata hubung ’dan’ boleh juga digantikan dengan kata hubung ’dengan’. Contohnya:

Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dengan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan
Kedua-dua ayat ini masih melihatkan makna yang sama walaupun penggunaan kata hubungnya berubah. Oleh itu, kata hubung ’dan’ dan ’dengan’ mempunyai fungsi yang hampir sama dan juga dikatakan bersinonim dari segi intrabahasa.

PENUTUP

Kesimpulannya, kesinoniman sesuatu kata itu boleh dikaji dari aspek interbahasa dan intrabahasa. Dalam kajian ini kami telah mengkaji hubungan sinonim dalam aspek interbahasa dan intrabahasa, dan data yang digunakan oleh kami ialah data dalam bahasa Melayu dan bahasa Ingeris.

RUJUKAN

Wikipedia. 14 Januari 2009. Synonym Wikimedia Foundation [17 Januari 2009]
John Lyons , 1992 . Bahasa dan Linguistik suatu Pengenalan . Dewan bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur
Posted by mr_hakimz

0 comments: