Monday, January 19, 2009 at 3:16 PM | 0 comments  
AHLI KUMPULAN

Azrul Azizul Haqim bin Jamaluddin 1
Mohd Hazrul bin Abu Bakar 11
Nurhanizah binti Asraf Ali 18
Siti Nursuhana binti Jamil 25
Posted by Putera Junjong at 1:13 AM 0 comments
Saturday, January 17, 2009
HMT 329 08/09 15 Jan 2009
Kuliah hari ini, 15jan09 membincangkan hal berkaitan cara untuk membuat konkordans.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuat satu folder baru yang berlabel Nurliyana_HMT329
Seterusnya, adalah seperti berikut :

1. guna document (word.doc)
- pilih artikel online
- pergi ke folder Nurliyana_HMT329, klik kanan pada tetikus, klik “new” dan klik “text document. Fail tersebut perlulah di “rename” menjadi UMrencana1_15jan09.txt
- kemudian, buka semula laman artikel yang telah dipilih. Tajuk artikel perlulah di “highlight”, kemudian klik kanan pada tetikus, klik edit dan pergi semula ke fail UMrencana1_15jan09. “Paste” tajuk artikel tersebut pada fail yang telah dinayatakan tadi.
- langkah diteruskan dengan “copy” keseluruhan rencana artikel yang dipilih itu dan di “paste” pada fail yang sama tadi.
- perlu diingatkan hanya “copy” pada teks @ rencana sahaja dan bukan pada gambar@iklan.

2. guna Microsoft Word Document / Open Office Writer (.odt)
- langkah untuk ini hampir sama seperti yang dinyatakan sebelum ini.
- bezanya cuma, menggunakan .odt ini kesemua gambar dan rencana artikel yang dipilih boleh terus di “copy” dan di “paste” pada fail baru yang dinamakan UMrencana1_15jan09_cuci

Setelah selesai kerja “copy” & “paste” rencana, perlu sediakan satu lagi fail .odt atau .doc. Fail tersebut mengandungi jadual yang dilengkapi dengan tajuk artikel, URL artikel tersebut serta tarikh & nama fail.

Langkah diteruskan dengan “double click” pada Textstat.
Kemudian klik pada “corpus” dan klik add local file. Pada paparan di skrin akan dapat dilihat senarai fail yang telah disiapkan tadi. Pilih fail .txt dan klik “open”.

Seterusnya, klik pada “word forms”. Pada sebelah kanan paparan itu, klik pada “frequency” dan akan tersenarai kesemua leksikal yang terdapat dalam rencana itu tadi.

Kemudian, klik pada “export” dan pilih “frequency list > MS Excel”. Fail tersebut dinamakan dengan UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls

Akhir sekali, klik pada “concordance”, pada bahagian “option”, klik untuk tandakan “search whole words only” & “search case insentive”. Kemudian, kilk “export” pilih “concordance list > MS Word” dan fail tersebut dinamakan UMrencana1_15jan09_concord.doc


Peringatan bagi setiap langkah yang dibuat, jangan lupa untuk “SAVE” ….
Posted by mr_hakimz
PENDAHULUAN

Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek kata hubung ‘dan’, dalam berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ (Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday) dan Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin (Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine). Kajian akan dilakukan dari aspek sinonim. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan makna yang hampir sama. (Wikipedia,17 Januari 2009). Penyataan ini juga disokong oleh O’Grady (2000:225) :
“ perkataan berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang
sama atau hampir sama”

KAEDAH

kaedah yang diguanakan dalam kajian ini ialah kajian korpus yang menggunakan textstat untuk melihat kekerapan kehadiran sesuatu kata. Data diambil dari BERNAMA online yang bertarikh 16 Januari 2009. Data yang digunakan diambil secara dwibahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kemudia kedua-dua data ini dibandingkan secara korpus untuk melihat persamaan dan perbezaan penggunaan sesuatu kata dalam kedua-dua data.

DAPATAN DAN ANALISIS

Pemilihan kata hubung ‘dan’ dalam kajian ini adalah kerana kekerapan kemunculanya paling tinggi dalam berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ iaitu sebanyak 13 peratus. Namun kemunculan kata hubung ‘and’ dalam data Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday adalah sebanyak 11 peratus. Manakala dalam berita Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin kata hubung ’dan’ muncul sebanyak 9 peratus. Namun dalam data Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine kata hubung ‘and’ muncul sebanyak 8 peratus.
Kata hubung ‘dan’ mempunyai hubungan sinonim dari segi interbahasa iaitu ia bersepadan atau mempunyai makna yang sama dengan kata ‘and’ dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan bedasarkan contoh ayat berikut yang didapati daripada data bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam data berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ (Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday) :

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari bermula Ahad dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar dan diakhiri dengan lawatan duahari ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 22 Jan.


Abdullah will first fly into Bahrain on Sunday for a two-day visit followed by two-day visits to Qatar and United Arab Emirates (UAE).

Berikut adalah contoh kesinoniman kata hubung ‘dan’ dan ‘and’ dalam data Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin (Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine) :

Datuk_Seri_Abdullah_Ahmad_Badawi hari ini melahirkan rasa sukacita terhadap kesudian rakyat berbilang agama dan kaum dalam negara menghulur sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat_Palestin

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine


Walaupun kata hubung ‘dan’ wujud dalam data bahasa Melayu, walaubagaimanapun ia boleh digugurkan mengikut kesesuaian konteks ayat dalam bahasa Inggeris. Contohnya dalam ayat :

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari bermula Ahad dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar
Namun apabila ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris kata hubung ‘dan’ telah digugurkan mengikut aturan kata dalam sesuatu bahasa itu sendiri namun makna ayat yang ingin disampaikan tetap sama. Contoh :

Abdullah will first fly into Bahrain on Sunday for a two-day visit followed by two-day visits to Qatar

Dari segi intrabahasa iaitu kesamaan makna sesuatu kata itu dalam bahasa itu sendiri dapat dilihat pada kata hubung ‘dan’ yang dikaji dalam data bahasa Melayu. Dalam data bahasa Melayu kata hubung ‘dan’ boleh juga digantikan atau mempunyai fungsi yang hampir sama dengan kata hubung ‘dengan’. Hal ini dapat dibuktikan bedasarkan data Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ :

Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan

Berdasarkan ayat diatas kata hubung ’dan’ boleh juga digantikan dengan kata hubung ’dengan’. Contohnya:

Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dengan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan
Kedua-dua ayat ini masih melihatkan makna yang sama walaupun penggunaan kata hubungnya berubah. Oleh itu, kata hubung ’dan’ dan ’dengan’ mempunyai fungsi yang hampir sama dan juga dikatakan bersinonim dari segi intrabahasa.

PENUTUP

Kesimpulannya, kesinoniman sesuatu kata itu boleh dikaji dari aspek interbahasa dan intrabahasa. Dalam kajian ini kami telah mengkaji hubungan sinonim dalam aspek interbahasa dan intrabahasa, dan data yang digunakan oleh kami ialah data dalam bahasa Melayu dan bahasa Ingeris.

RUJUKAN

Wikipedia. 14 Januari 2009. Synonym Wikimedia Foundation [17 Januari 2009]
John Lyons , 1992 . Bahasa dan Linguistik suatu Pengenalan . Dewan bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur
Posted by mr_hakimz
Wednesday, January 14, 2009 at 9:07 PM | 0 comments  

Noorkhiriah



NAMA: Noorkhiriah Ahmad Shapie
TARIKH Lahir: 11 April 1977
TEMPAT Lahir: Raub, Pahang
ZODIAK: Aries
TINGGI: 154 sm
BERAT: 43 kilogram
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Azfaizul Ahtan
HOBI: Memasak dan membaca
DRAMA: Lebih 100 drama seperti Emil Emilda, Datin Diaries, Nek Kiah, Selagi Langit Masih Membiru dan Selaut Kasih
FILEM: Gubra, Susuk, Syaitan, Lost & Found dan Mukhsin
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2007
Posted by mr_hakimz

Faizal Tahir - Gemuruh.mp3


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Posted by mr_hakimz
Faktor ketertandaan

a) Bentuk bertanda

1) tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
2) Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel
3) Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh
4) kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.
5) Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
6) Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba
7) Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
8) Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel
9) Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
10) Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.


b) Bentuk tidak bertanda

1) menjadikan Gaza kubur askar Israel
2) Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari
3) Kamu memasuki Gaza
4) Gaza akan menjadi kubur anda
5) Hamas turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
6) Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut
7) Satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim
8) Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya
9) Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
10) Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel
11) Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
12) Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban
13) Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut

Keneutralan Konteks Secara Pragmatik

1) tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
2) Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas
3) Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh
4) kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.
5) Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba
6) Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim
7) Kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
8) Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel
9) Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
10) Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.
AHLI KUMPULAN
1. Azrul Azizul Haqim Bin Jamaluddin
11. Mohd Hazrul Bin Abu Bakar
18. Nurhanizah Binti Asraf Ali
25. Siti Nursuhana Binti Jamil
Posted by mr_hakimz
Analisis konstrastif Yassier Arafat

1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)
15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)
16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)
17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).
22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)


Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik
Posted by mr_hakimz
Thursday, January 8, 2009 at 8:40 PM | 0 comments  
http://hbt2130809syntax.blogspot.com/
Posted by mr_hakimz
Wednesday, January 7, 2009 at 6:39 PM | 0 comments  
Selepas melancarkan serangan udara selama lapan hari, tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.

Subjek = tentera Yahudi
Kata Kerja = memasuki
Objek = Gaza


Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.


Subjek = pejuang Hamas
Kata kerja = dibalas
Objek = serangan darat tentera Yahudi


Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.


Subjek = sembilan askar Yahudi
Kata kerja = terbunuh, menawan
Objek = dua askar Israel


"Kamu memasuki Gaza seperti tikus.

Subjek = kamu
Kata kerja = memasuki
Objek = Gaza


Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah," kata jurucakap Hamas, Ismail Radwan, merujuk kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel.


Subjek = Gaza
Kata kerja = menjadi
Objek = kubur




Hamas yang dipercayai mempunyai 20,000 anggota bersenjata, turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.

Subjek = Hamas yang dipercayai
Kata kerja = mempunyai, melancarkan
Objek = 20, 000 anggota bersenjata, 25 lagi roket


Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi yang cedera ke hospital di bandar selatan Israel, Beersheba.


Subjek = Ambulans tentera
Kata kerja = dilihat, membawa
Objek = askar Yahudi yang cedera


Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.


Subjek = Tentera Israel
Kata kerja = melaporkan
Objek = 30 askarnya, 23 warga Gaza


Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata, satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.

Subjek = Pegawai tentera dan saksi Palestin
K.Kerja = Menyerang
Objek = Selatan Gaza

Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

Subjek = Serangan itu
K.Kerja = Terputus
Objek = Gaza



Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.

Subjek = Serangan
K.Kerja = tertumpu
Objek = Bedilan Roket


Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

Subjek = Pesawat Israel
K.Kerja = membedil
Objek = empat sasaran

Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.

Subjek = Bot tentera laut Israel
K.Kerja = membedil
Objek = ibu pejabat perisikan Hamas

Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.

Subjek = Askar Israel
K.Kerja = memasuki
Objek = kawasan bandar utama di Gaza

Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.

Subjek = Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra,
K.Kerja = memeriksa
Objek = setiap rumah

Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban.

Subjek = Israel
K.Kerja = menyerang
Objek = Gaza

Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.
Subjek = Hamas
K.Kerja = bertindakbalas/melancarkan
Objek = lebih 500 roket dan mortar

Nama Ahli Kumpulan :
1. AZRUL AZIZUL HAQIM B JAMALUDDIN 91113
18. NURHANIZAH BT ASRAFF ALI 89751
25. SITI NUR SUHANA BT JAMIL 89786
11. MOHD HAZRUL B ABU BAKAR 89710
Posted by mr_hakimz
1. Keme tak kesio .
Saya tidak mahu

2.Ate, mika beno-beno mau ke kelo ?
Jadi, awak hendak ke kanan?

3.Doyan tak mandang
Durian tidak ada musim ini

4.Kete veos deme beli tang ne ?
Kereta vios mereka beli dimana

5.Yob koje ke senayan ni ?
Abang bekerja isnin ini?

6.Ali ceredek bebenor bebudak
Ali cerdik sangat

7.Keme tak memikior pon
Saya tidak fikir pun

8.Ayo tu deme tak memikior mahe rege nyer?
Air itu mereka tidak fikir mahal harganya ?

9.Cite otomen keme tak kesio nak nengok
Cerita Ultraman saya tidak mahu hendak tengok

10.Putin susu deme dok beringat ndak beli
Puting susu mereka selalu ingat mahu beli

oleh: pejuang bahasa melayu
Posted by mr_hakimz