Friday, April 3, 2009 at 10:57 PM | 0 comments  
Pada 22 hb Mac 2009, semua pelajar HMT 329, Dr.Radiah dan Cik Helina telah pergi ke Plaza Gurney. Kami menaiki bas ke Komtar dan dari Komtar kami semua menaiki bas percuma untuk pergi ke Padang Kota dengan harapan dapat melawat Kota Cornwallis. Tetapi, hajat kami tidak kesampaian kerana tempat bersejarah tersebut tidak dibuka pada hari Ahad. Terdapat tugasan yang kami perlu lakukan sepanjang perjalanan kami ke Plaza Gurney. Kami perlu melihat kesalahan bahasa yang digunakan, penjenamaan semula, penggunaan kata panggilan dan sebagainya. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang iaitu Sharifah Shadhatul Nadrah, Choi Hooi Lean, Nur Hanizah dan pelajar yang tidak mempunyai kawan iaitu Azrul Azizul Hakim.





Perkara pertama yang ahli kumpulan kami dapat lihat ialah penjenamaan semula. Penjenamaan semula bermaksud sesuatu lambang atau produk yang digunakan kepada produk yang bukan keluaran mereka tetapi untuk menonjolkan produk mereka. Perkara ini dapat dilihat pada bas-bas Rapid Penang. Penjenamaan tersebut ialah Fly fm iaitu sebuah stesen radio di Malaysia. Selain itu, hal ini turut dapat dilihat di beberapa stesen bas kecil. Jenama yang kerap dijumpai ialah Maxis, Honda, Follow Me dan Sharp. Perkara ini dapat dibuktikan seperti contoh gambar di bawah


Gambar 1


Gambar 2



Selain itu juga, kata sapaan diabaikan oleh jurujual di kedai-kedai yang terdapat di Gurney. Mereka amat jarang menggunakan kata sapaan. Sepatutnya mereka mestilah menggunakan kata sapaan untuk menunjukkan penghormatan kepada pengunjung yang mengunjungi kedai mereka. Tetapi terdapat sebuah kedai iaitu kedai Body Glove yang menggunakan kata sapaan iaitu Welcome atau transliterasinya selamat datang. Mereka menyapa kami dengan menggunakan kata sapaan berbahasa Inggeris. Jurujual kedai ini juga mengucapkan kata sapaan Thank you sewaktu kami melangkah keluar dari kedai tersebut. Kesimpulannya, penggunaan kata sapaan amat

jarang digunakan oleh jurujual untuk menyapa pelanggan mereka.




Selain itu, kami juga turut melihat penggunaan bentuk panggilan sewaktu menjalankan kajian kami di Gurney. Antara bentuk panggilan ialah Cik, Encik atau Puan, Tuan dan sebagainya. Bentuk panggilan untuk bahasa Inggeris pula ialah Miss dan Mr. Tetapi penggunaan bentuk panggilan ini diabaikan oleh jurujual di Gurney. Kebanyakan daripada mereka tidak menggunakan bentuk panggilan ini. Penjual biasanya akan terus bertanyakan soalan kepada pelanggan seperti “Nak cari apa?” dan tidak menggunakan bentuk panggilan. Dari segi penggunaan bahasa pula, kebanyakan jurujual di Gurney menggunakan bahasa rojak iaitu mencampurkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka. Hal ini mungkin kerana kebanyakan daripada jurujual yang kami temui merupakan berbangsa Cina dan tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Tetapi sewaktu kami bertanyakan soalan kepada jurujual berbangsa Melayu di kedai kasut Santa Barbara, jurujual tersebut turut menggunakan bahasa rojak. Sedangkan kami mengemukakan soalan dalam bahasa Melayu.




Seterusnya, kebanyakan jurujual menggunakan bahasa yang sama dengan bahasa dituturkan oleh pelanggan dengan andaian pelanggan mengetahui bahasa tersebut. Contohnya jika pelanggan tersebut menggunakan bahasa Inggeris, jurujual tersebut akan turut menggunakan bahasa Inggeris untuk melayan pertanyaan yang dikemukakan oleh pelanggan. Hal turut bersamaan apabila pelanggan menggunakan bahasa Melayu atau Cina. Tetapi terdapat juga jurujual yang menggunakan bahasa Inggeris walaupun kami mengemukakan soalan dalam bahasa Melayu. Hal ini berlaku apabila Sharifah mengunjungi kedai makanan Jepun. Sharifah telah mengemukakan soalan dalam bahasa Melayu tetapi jurujual menjawab soalan tersebut dalam bahasa Inggeris. Manakala terdapat juga sesetengah jurujual yang secara automatik akan menggunakan bahasa Cina jika pelanggan berbangsa Cina. Hal ini dapat dilihat sewaktu Hooi Lean mengunjungi kedai makanan Jepun. Jurujual tersebut secara automatik menyapa Hooi Lean dalam bahasa Cina / Mandarin.




Terdapat banyak kesilapan bahasa yang dapat dilihat semasa di Gurney dan semasa perjalanan pulang ke USM. Kesilapan bahasa yang dapat kami lihat adalah kesilapan menulis perkataan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contohnya perkataan Restrooms yang dituliskan secara tidak terpisah. Perkataan ini seharusnya ditulis seperti berikut : Rest rooms. Kesilapan ini turut berlaku dalam bahasa Melayu. Sebagai contohnya ialah penulisan Rumahapi dan hakmilik yang ditulis secara tidak terpisah. Kedua-dua perkataan ini merupakan kata majmuk. Terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis secara tidak terpisah tetapi kata majmuk tersebut ialah kata majmuk mantap. Kedua-dua perkataan tersebut bukan merupakan kata majmuk mantap yang mesti ditulis secara terpisah. Kesilapan yang seterusnya ialah kesilapan penulisan di sebagai afiks dan preposisi. Kesilapan ini merupakan kesilapan yang paling banyak dikesan di sekitar Padang Kota dan Plaza Gurney. Keseluruhan kesilapan ini dapat dilihat seperti gambar di bawah :

Gambar 3

Gambar 4


Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7



Gambar 8

Kesalahan penulisan di sebagai preposisi dapat dilihat dalam gambar 7. Sepatutnya, penulisan di sebagai preposisi ditulis secara terpisah. Kesalahan penulisan di sebagai afiks juga turut dapat dikesan. Hal ini dapat dilihat dalam gambar 4 dan 8. Sepatutya penulisan di sebagai afiks mestilah ditulis secara tidak terpisah. Kesalahan penulisan kata majmuk pula dapat dilihat dalam gambar 5 dan 6. Manakala terdapat juga kesalahan penterjemahan. Hal ini dapat dilihat dalam gambar 4. Dalam gambar ini istilah sprinkler dalam bahasa Inggeris diterjemahkan terus dalam bahasa Melayu dengan menggunakan istilah bahasa Inggeris juga. Hal ini mungkin berlaku kerana tiada istilah yang membawa makna yang sama dengan perkataan sprinkler. Perkara ini menyebabkan bahasa Melayu meminjam secara keseluruhan istilah bahasa Inggeris tersebut.




Perkara yang seterusnya ialah dari segi aspek hormat. Kata sapaan, bahasa badan, bentuk panggilan dan sebagainya dapat menunjukkan tanda penghormatan seseorang kepada seseorang yang lain. Tetapi wujud juga keadaan jurujual yang tidak hormat kepada pelanggan mereka. Sebagai contohnya, semasa kami mengunjungi ke butik Guess, jurujual di sana tidak melayan kami apabila Hanizah bertanyakan soalan kepada mereka. Hal ini mungkin terjadi kerana mereka beranggapan bahawa kami tidak mampu membeli barangan jenama tersebut. Perbuatan ini jelas menunjukkan bahawa jurujual tersebut tidak hormat kepada kami. Sebagai penjual mereka mestilah sentiasa memberikan perkhidmatan yang sama tanpa mengambil kira status pelanggan.




Kesimpulannya, perjalanan kami pada hari tersebut berakhir dalam keadaan yang selamat. Selain itu, terdapat banyak perkara baru yang dapat kami peroleh. Kami juga dapat mengaplikasikan ilmu bahasa yang kami pelajari dengan menganalisis setiap perlakuan manusia di Gurney. Perkara ini merupakan perkara yang menyeronokkan. Bagi kesalahan bahasa pula, kerajaan negeri mestilah sentiasa mengambil berat perkara ini kerana kadang kala terdapat juga kesalahan penulisan dalam bahasa Inggeris yang boleh menganggu pelancong asing.











Ahli Kumpulan

Sharifah Shadhatul Nadrah, 22

Choi Hooi Lean

Nur Hanizah, 18

Azrul Azizul Hakim, 1
Posted by mr_hakimz
Thursday, February 12, 2009 at 1:21 AM | 0 comments  
PENDAHULUAN
Kertas kerja ini akan membincangkan perbezaan dan persaan konsep milik antara dialek-melayu Perak tengah dengan dialek-melayu utara kedah. Konsep milik adalah konsep yang digunakan untuk menyatakan atau menunjukkan kepunyaan bedasarkan penggunaan kata ganti diri.

KAEDAH
Kami membuat kertas kerja ini untuk mendapatkan perbezaan konsep milik antara kedua-dua dialek dengan melakukan perbincangan dan seterusnya mengeluarkan data-data yang menunjukkan konsep milik dalam kedua-dua dialek. Kemudian analisis dilakukan terhadap data-data tersebut untuk mengenalpasti perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kedua-dua dialek.

ANALISIS DAPATAN
Bedasarkan perbincangan yang telah dilakukan, data dapatan yang telah diperolehi dapat dilihat dalam jadual dibawah :














Bedasarkan jadual diatas, terdapat perbezaan penggunaan kata ganti nama diri pertama bagi menunjukkan konsep milik antara kedua-dua dialek. Dialek-Melayu Perak Tengah menggunakan kata “keme” sebagai kata ganti nama diri berbeza dengan dialek-Melayu Utara Kedah yang menggunakan kata “aku” sebagai kata ganti nama diri pertama untuk menunjukkan konsep milik. Contoh penggunaan kata ganti nama diri pertama ini boleh dilihat dalam penggunaan ayat dibawah :
itu ghumah keme<>itu rumah saya
Dialek –Melayu Perak tengah menggunakan kata “keme” yang merujuk kepada makna “saya” dalam bahasa Melayu Standard.
Tu sluaq aku<>itu seluar saya
Dialek –Melayu Utara Kedah menggunakan kata “aku” yang merujuk kepada makna “saya” dalam bahasa Melayu Standard.
Begitu juga dengan penggunaan kata ganti nama diri kedua menunjukkan perbezaan antara kedua-dua dialek. Hal ini dapat dilihat dengan penggunaan kata “kome” bagi dialek-Melayu Perak Tengah berbanding penggunaan kata “hang” dalam dialek-Melayu Utara Kedah. Contoh penggunaan kata ganti nama diri kedua ini adalah seperti berikut:
Doyan kome tak mandang?<>Durian kamu tidak berbuahkah?
Dialek –Melayu Perak tengah menggunakan kata “kome” yang merujuk kepada makna “kamu” dalam bahasa Melayu Standard.
Tu kebun hang ka?<>itu kebun kamukah?
Dialek –Melayu Utara Kedah menggunakan kata “hang” yang merujuk kepada makna “kamu” dalam bahasa Melayu Standard.
Perbezaan konsep milik yang seterusnya dapat dilihat dalam penggunaan kata ganti nama diri ketiga iaitu dialek-Melayu Perak Tengah menggunakan kata “deme” manakala dialek-Melayu Utara Kedah pula menggunakan kata “dia”. Contohnya adalah seperti berikut :
Tu selipa deme<>itu selipar dia.
Dialek –Melayu Perak tengah menggunakan kata “deme” yang merujuk kepada makna “dia” dalam bahasa Melayu Standard.
Tu sekolah dia ka?<> itu sekolah diakah?
Dialek –Melayu Utara Kedah menggunakan kata “dia” yang merujuk kepada makna “dia” dalam bahasa Melayu Standard.

PENUTUP
Kesimpulannya kami melihat kedua-dua dialek ini lebih menggunakan kata ganti nama diri untuk merujuk kepada konsep milik atau kepunyaan. Iaitu untuk menunjukkan sesuatu benda itu kepunyaan seseorang maka penggunaan kata ganti nama diri akan digunakan mengikut kesesuaian konteks yang hendak dituturkan. Oleh itu, dari segi penggunaan kata ganti nama inilah yang menunjukkan perbezaan yang ketara anta dialek-Melayu Perak Tengah dengan dialek-Melayu Utara kedah kerana kedua-dua bahasa yang digunakan oleh penutur ini terpisah oleh kawasan geografi yang menyebabkan perbezaan dalam penggunaan bahasa harian.

1. AZRUL AZIZUL HAQIM BIN JAMALUDDIN
11. MOHD HAZRUL BIN ABU BAKAR
Posted by mr_hakimz
Thursday, February 5, 2009 at 2:48 AM | 0 comments  
ANALISIS KONSTRATIF

setelah dihayati lagu ini...
dapat disimpulkan bahawa lagu ini
mengisahkan tentang gelodak jiwa generasi muda dalam episod percintaan
yang tidak membawa kepada pengakhiran yang membahagiakan seperti yang diimpikan..

penulis cuba meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa beliau
terasa seperti dimanipulasikan dalam percintaan yang diceburi oleh beliau

setelah apa yang berlaku selama ini, penulis mengambil jalan mudah dengan
memutuskan hubungan percintaan yang selama ini lebih banyak menduka citakan beliau..
Tidak mahu dayus dalam percintaan yang sememangnya banyak onak duri
Posted by mr_hakimz Labels:
Monday, January 19, 2009 at 3:16 PM | 0 comments  
AHLI KUMPULAN

Azrul Azizul Haqim bin Jamaluddin 1
Mohd Hazrul bin Abu Bakar 11
Nurhanizah binti Asraf Ali 18
Siti Nursuhana binti Jamil 25
Posted by Putera Junjong at 1:13 AM 0 comments
Saturday, January 17, 2009
HMT 329 08/09 15 Jan 2009
Kuliah hari ini, 15jan09 membincangkan hal berkaitan cara untuk membuat konkordans.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuat satu folder baru yang berlabel Nurliyana_HMT329
Seterusnya, adalah seperti berikut :

1. guna document (word.doc)
- pilih artikel online
- pergi ke folder Nurliyana_HMT329, klik kanan pada tetikus, klik “new” dan klik “text document. Fail tersebut perlulah di “rename” menjadi UMrencana1_15jan09.txt
- kemudian, buka semula laman artikel yang telah dipilih. Tajuk artikel perlulah di “highlight”, kemudian klik kanan pada tetikus, klik edit dan pergi semula ke fail UMrencana1_15jan09. “Paste” tajuk artikel tersebut pada fail yang telah dinayatakan tadi.
- langkah diteruskan dengan “copy” keseluruhan rencana artikel yang dipilih itu dan di “paste” pada fail yang sama tadi.
- perlu diingatkan hanya “copy” pada teks @ rencana sahaja dan bukan pada gambar@iklan.

2. guna Microsoft Word Document / Open Office Writer (.odt)
- langkah untuk ini hampir sama seperti yang dinyatakan sebelum ini.
- bezanya cuma, menggunakan .odt ini kesemua gambar dan rencana artikel yang dipilih boleh terus di “copy” dan di “paste” pada fail baru yang dinamakan UMrencana1_15jan09_cuci

Setelah selesai kerja “copy” & “paste” rencana, perlu sediakan satu lagi fail .odt atau .doc. Fail tersebut mengandungi jadual yang dilengkapi dengan tajuk artikel, URL artikel tersebut serta tarikh & nama fail.

Langkah diteruskan dengan “double click” pada Textstat.
Kemudian klik pada “corpus” dan klik add local file. Pada paparan di skrin akan dapat dilihat senarai fail yang telah disiapkan tadi. Pilih fail .txt dan klik “open”.

Seterusnya, klik pada “word forms”. Pada sebelah kanan paparan itu, klik pada “frequency” dan akan tersenarai kesemua leksikal yang terdapat dalam rencana itu tadi.

Kemudian, klik pada “export” dan pilih “frequency list > MS Excel”. Fail tersebut dinamakan dengan UMrencana1_15jan09_freq_asal.xls

Akhir sekali, klik pada “concordance”, pada bahagian “option”, klik untuk tandakan “search whole words only” & “search case insentive”. Kemudian, kilk “export” pilih “concordance list > MS Word” dan fail tersebut dinamakan UMrencana1_15jan09_concord.doc


Peringatan bagi setiap langkah yang dibuat, jangan lupa untuk “SAVE” ….
Posted by mr_hakimz
PENDAHULUAN

Kertas ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan hubungan perkataan dengan makna untuk aspek kata hubung ‘dan’, dalam berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ (Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday) dan Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin (Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine). Kajian akan dilakukan dari aspek sinonim. Sinonim ialah hubungan yang memperlihatkan makna yang hampir sama. (Wikipedia,17 Januari 2009). Penyataan ini juga disokong oleh O’Grady (2000:225) :
“ perkataan berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang
sama atau hampir sama”

KAEDAH

kaedah yang diguanakan dalam kajian ini ialah kajian korpus yang menggunakan textstat untuk melihat kekerapan kehadiran sesuatu kata. Data diambil dari BERNAMA online yang bertarikh 16 Januari 2009. Data yang digunakan diambil secara dwibahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kemudia kedua-dua data ini dibandingkan secara korpus untuk melihat persamaan dan perbezaan penggunaan sesuatu kata dalam kedua-dua data.

DAPATAN DAN ANALISIS

Pemilihan kata hubung ‘dan’ dalam kajian ini adalah kerana kekerapan kemunculanya paling tinggi dalam berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ iaitu sebanyak 13 peratus. Namun kemunculan kata hubung ‘and’ dalam data Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday adalah sebanyak 11 peratus. Manakala dalam berita Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin kata hubung ’dan’ muncul sebanyak 9 peratus. Namun dalam data Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine kata hubung ‘and’ muncul sebanyak 8 peratus.
Kata hubung ‘dan’ mempunyai hubungan sinonim dari segi interbahasa iaitu ia bersepadan atau mempunyai makna yang sama dengan kata ‘and’ dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan bedasarkan contoh ayat berikut yang didapati daripada data bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam data berita ’Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ (Abdullah To Visit Three Gulf Countries Beginning Sunday) :

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari bermula Ahad dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar dan diakhiri dengan lawatan duahari ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 22 Jan.


Abdullah will first fly into Bahrain on Sunday for a two-day visit followed by two-day visits to Qatar and United Arab Emirates (UAE).

Berikut adalah contoh kesinoniman kata hubung ‘dan’ dan ‘and’ dalam data Abdullah Sukacita Rakyat Malaysia Bantu Palestin (Abdullah Happy Malaysians Contributing Generously To Palestine) :

Datuk_Seri_Abdullah_Ahmad_Badawi hari ini melahirkan rasa sukacita terhadap kesudian rakyat berbilang agama dan kaum dalam negara menghulur sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat_Palestin

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi expressed happiness over the willingness of the people of various communities and religions in the country in extending contributions to ease the suffering of the people of Palestine


Walaupun kata hubung ‘dan’ wujud dalam data bahasa Melayu, walaubagaimanapun ia boleh digugurkan mengikut kesesuaian konteks ayat dalam bahasa Inggeris. Contohnya dalam ayat :

Beliau akan memulakan lawatan ke Bahrain selama dua hari bermula Ahad dan diikuti lawatan dua hari ke Qatar
Namun apabila ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris kata hubung ‘dan’ telah digugurkan mengikut aturan kata dalam sesuatu bahasa itu sendiri namun makna ayat yang ingin disampaikan tetap sama. Contoh :

Abdullah will first fly into Bahrain on Sunday for a two-day visit followed by two-day visits to Qatar

Dari segi intrabahasa iaitu kesamaan makna sesuatu kata itu dalam bahasa itu sendiri dapat dilihat pada kata hubung ‘dan’ yang dikaji dalam data bahasa Melayu. Dalam data bahasa Melayu kata hubung ‘dan’ boleh juga digantikan atau mempunyai fungsi yang hampir sama dengan kata hubung ‘dengan’. Hal ini dapat dibuktikan bedasarkan data Abdullah Lawat Tiga Negara Teluk Bermula Ahad’ :

Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan

Berdasarkan ayat diatas kata hubung ’dan’ boleh juga digantikan dengan kata hubung ’dengan’. Contohnya:

Menurut kenyataan itu, antara kerjasama yang kini terjalin antara Malaysia dengan ketiga-tiga negara teluk itu ialah dalam sektor perdagangan
Kedua-dua ayat ini masih melihatkan makna yang sama walaupun penggunaan kata hubungnya berubah. Oleh itu, kata hubung ’dan’ dan ’dengan’ mempunyai fungsi yang hampir sama dan juga dikatakan bersinonim dari segi intrabahasa.

PENUTUP

Kesimpulannya, kesinoniman sesuatu kata itu boleh dikaji dari aspek interbahasa dan intrabahasa. Dalam kajian ini kami telah mengkaji hubungan sinonim dalam aspek interbahasa dan intrabahasa, dan data yang digunakan oleh kami ialah data dalam bahasa Melayu dan bahasa Ingeris.

RUJUKAN

Wikipedia. 14 Januari 2009. Synonym Wikimedia Foundation [17 Januari 2009]
John Lyons , 1992 . Bahasa dan Linguistik suatu Pengenalan . Dewan bahasa dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur
Posted by mr_hakimz
Wednesday, January 14, 2009 at 9:07 PM | 0 comments  

Noorkhiriah



NAMA: Noorkhiriah Ahmad Shapie
TARIKH Lahir: 11 April 1977
TEMPAT Lahir: Raub, Pahang
ZODIAK: Aries
TINGGI: 154 sm
BERAT: 43 kilogram
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Azfaizul Ahtan
HOBI: Memasak dan membaca
DRAMA: Lebih 100 drama seperti Emil Emilda, Datin Diaries, Nek Kiah, Selagi Langit Masih Membiru dan Selaut Kasih
FILEM: Gubra, Susuk, Syaitan, Lost & Found dan Mukhsin
PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2007
Posted by mr_hakimz

Faizal Tahir - Gemuruh.mp3


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Posted by mr_hakimz